Bukan sedikit kecelakaan berlaku ekoran gurau senda yg berlebihan . Bergurau mmg perlu, kerana ia mengelak kita daripada tekanan. Namun begitu, biarlah sederhana . Jika keterlaluan, akibatnya buruk .
Disenaraikan beberapa kejadian buruk akibat daripada gurau senda yang berlebihan.
Park 1
Harry Badger, seorg lelaki happy go lucky sering menjadi bahan gurauan rakan2. Suatu hari dia yg lengkap berpakaian kemas mengenakan topi berwarna merah yg luar biasa bentuknya .
Apalagi, teman2nya yg minum bersmanya di sebuah pub, di York , England tak henti2 mengusiknya. Ada yang menyentuh topi dan menarik- narik lengan baju serta kaki seluar Harry. Tak kurang yg menuang minuman ke gelas Harry,sebaik habis dihirup. Dengan niat bergurau, salah seorg rakan memasukkan seekor anak tikus hidup ke dalam gelasnya, tanpa disedari Harry. Sebaik meneguk minumannya, anak tikus itu tersekat pada kerongkong Harry, mnyebbkan dia tercekik lantas meninggal dunia bbrapa minit kemudian.
Park 2
Pelakon terkenal Eileen Gibson, terbunuh selepas jatuh ke Lautan Atlantik dari geladak kapal mewah, Durban Castle pd 18 Oktober 1947. Kejadian berlaku tatkala Eileen sdg “main kejar – kejar“dengan kekasihnya, James Camb, seorg kakitgn kapal itu . Terlalu asyik, mereke berpelukan sebaik James menangkap Eileen. Mereka kemudian mengekek – kekek sambil tolak – menolak, menyebabkn gadis itu tergelincir.
James dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menyebbkan kematian Eileen. Namun, dia didapati tidak bersalah kerana kejadian berlaku bkn sengaja, sebaliknya dalam keadaan bergurau senda .
Park 3
Tiga sahabat, Joseph Golding, Micheal Clark dan Wyndham King menaiki SS Comito, sebuah bot pelancong. Ketika berada 120 kilometer dari pandai Scotland , Joseph terhumban ke laut. Ia berpunca daripada sikap ketiga – tiga sahabat itu yang terlalu byk bergurau ketika sdg mabuk akibat terlalu byk mengambil minuman keras. “Kita tangkap Joseph, bg pd jerung – jerung tu” kata Michael apabila nampak bbrapa ekor jerung mengekori pergrakan kapal .
King n Michael menangkap rakannya itu. Mengacah – acah menolaknya ke laut. Malang tidak berbau, Joseph benar – bernar jatuh. Joseph terkapai – kapai di permukaan laut yg bergelora itu dan jerung – jerung pantas mengerumuninya.
Park 4
Julius Skalky, seorg pencetak dr New York, sdg menunggu ketibaan kereta api di sebuah stesen pd 1976. Tiba – tiba dia dipeluk dari belakang oleh rakan lamanya, Richard Pratt. Terlalu lama tidak bertemu, merekamelompt – lompat gembira, sambil bertepuk tampar. Kemudian kedua- duanya bertanya khabar.
Tiba – tiba Richard tertolak Julius ke landasan. Secara kebetulan, sebuah kereta api tiba lalu menggilis mangsa yang kemudian disahkan mati di tpt kejadian.
Polis yg menyiasat mndapati Richard adalah pesakit sebuah hospital mental di bndr raya itu yg sdg bercuti.
“Mungkin Julius tidak mengetahui latar belakang sahabtnya itu” kata pegawai penyiasat.
Park 5
Suatu senja od 1919, Fleetwood Willats, seorng lelaki tua yg kesepian, bersiar – siar tanpa tujuan di pinggir kota London . Ketika memasuki sebuah pub, dia disapa dua lelaki bekas rakan sekerja yg sekali gus mengajaknya minum semeja.
Dgn niat utk bergurau, dua lelaki td selepas menjamu Fleetwood dgn bergelas – gelas bir, memasukkan dua sudu asid hidroklorik dgn harapan utk melihat lelaki tua itu lebih cepat mabuk. Keesokkan harinya, Fleetwood ditemui mati di rumahnya. Bedah siasat mendapati kematiannya adalah disebbkn asid pemberian rakan – rakannya.
Park 6
David Falconrie dr Los Angeles yg baru kematian ibu masih diselubungi sugul, ketika dikunjungi sahabatnya, Sharon Payne. “Janganlah begini sahaja, gembira kawan… gembira” kata Sharon. Namun David terus membatu. Sharon kemudian mengeluarkan sepucuk pistol daripada koceknya, mengacukan ke kepala David sambil berkata dgn niat bergurau.
“ Ambil pistol ni, tembak kepala kau, selesai masalah“ kata Sharon diikuti bunyi letupan. David tersungkur. Sharon yg panik menyerah dri kpd polis, ttp dia dibebaskan drpd sbarang tuduhan kerana sebelum itu mengaku niatnya mahu menggembirakan rakannya.
Park 7
Mendengar khabar Severiano Ferrari, seorg penyair Itali dimasukkan ke hospital pada 3 Januari 1905, ramai sahabat handai dtg berziarah.
“ Jangan bimbang, awak telah dilantik sbg professor oleh Universiti Bologna” kata seorg sahabat dengan niat mahu menggembirakan Ferrari. Terkejut dgn khabar itu, Ferreri meninggal dunia diserang sakit jantung tiba – tiba. Padahal tiada sebarang pelantikan, Cuma gurauan untuk menghiburkan rakan yg sakit.
Park 8
Seorg lelaki, pekerja kilang di kota London memerangkap seekor tikus untuk menakut – nakutkan pekerja wanita.
Dia meninjit ekor binatang itu, lalu menghampiri rakan – rakan setugasnya. Melihat tikus itu terkedek – kedek, hiruk – pikuk jeritan gadis – gadis itu bergema. Lelaki tersebut memasukkan tikus ke kocek bajunya. Bagaimanapun haiwan itu kemudian melompat masuk ke dalam lengan baju lelaki itu. Keadaan bertambah riuh apabila lelaki tadi melompat – lompat kegelian.
Tiba – tiba tikus itu melompat masuk ke mulutnya yg sedan ternganga. Lelaki itu mati kerana tidak dapat bernafas, walaupun gadis – gadis tadi berusaha bersungguh – sungguh menarik ekor tikus yg terjuntai di bibirnya.
*Konklusinya, hai kwn ! nk bergurau pun berpada – pada la ye. Di Malaysia pun penah terjadi gurau2 begini. Macam yang pernah terjadi seorang daripada dua sahabat dari Kedah mati selepas kedua – duanya bergurau mahu menunjuk kuat dgn memakan telur ular tedung yang mereka temui dalam hutan.
- Manakala kejadian yang berlaku sekitar November 2001, iaitu kita dikejutkan dengan kematian seorang pelajar sekolah menengah dari Pahang sebaik dia merempuh pintu kaca dewan makan asrama sekolahnya kerana bergurau dengan rakan – rakan.
2 300 love me:
menarik :)
done. follow me back ^^
http://hidupisphenomenal.blogspot.com
Nice Entry & Nice Blog !
Sy Follow sini key (:
Post a Comment