Moody
Harap maaf, shoutbox di blog ini lambat load :).

Kejadian Berulang - Saira


Malam yang hening dengan bunyian cengkerit menambahkan ketakutan dihatiku yang sememangnya tengah belenggu dari tadi . Aku sedang menaiki motosikal melalui pokok ceri yang hangat dikatakan oleh teman – temanku bahwa pokok ceri itu ada penunggu . Huh, seram juga aku dibuatnya . Bermacam – macam orang katakan yang penunggu itu adalah pontianak yang dibunuh dengan kejam oleh kekasihnya ketika hendak bersalin anak yang dikandungkan oleh perempuan malang itu . Eeee, takut la pula . Sesampainya di rumah .
“Wei Arfan, kau pergi mana ? Lambat betul balik . Aku sudah kelaparan tahu ! Cacing dalam perut aku sudah menari tiang lagi ’’kata Fendi .
Fendi ini teman baikku merangkap housemate aku . Aku dengan dia memang rapat maklumlah satu fakulti pula tu dan kami sudah masuk semester akhir iaitu part 6 dalam fakulti pengurusan perniagaan .
 “ Sabar la, tadi aku pergi beli Nasi Ayam dekat gerai Mak Leha . Sudah la kena lalu kawasan pokok ceri . Seram pun ada juga tapi betul ke hah apa yang dikatakan orang yang dekat situ ada cik pon(pontianak) ? ’’ tanya Arfan yang ingin kepastian .
“ Mana aku tahu, setahu aku pokok itu memang ada benda alah itu tapi selagi aku tak jumpa aku tidak mahu percaya . Entah betul ataupun khabar angin saja untuk takutkan orang . Tapi orang macam kau ni memang percaya sangat cerita karut tu „ jawab Fendi sambil makan nasi yang dibeli oleh Arfan itu .
Keesokkan harinya, aku meneruskan kehidupan sebagai pelajar Universiti seperti biasa tetapi disebabkan malam ini aku ada kelas malam jadi aku terpaksa pulang lewat sedikit dari biasa . Ketika aku keluar dari kelas itu baru pukul 11.00 malam . Aku singgah makan dekat kedai Mak Leha sebelum pulang, perutku sudah lapar dari petang tadi lagi kerana tidak sempat makan hanya hendak siapkan projek terakhir yang Prof. Kalik berikan .
 “ Ishh, sudah lewat . Macam mana aku tak perasan jam sudah pukul 12.30 . Tadi aku rasa waktu aku keluar baru 11.00 malam ” kata Arfan didalam hatinya .
Setelah habis menikmati makan malamnya itu, Arfan pun bergerak pulang . Dalam perjalanan pulang, tiba – tiba .
“ Fuhh, awek cun ! Tengah – tengah malam begini dia tunggu dekat bawah pokok ceri tu tak takut ke ? Sorang – sorang lagi, nak berhenti ke tidak ? „ tertanya – tanya Arfan dibuatnya . Namun, Arfan mengambil keputusan untuk berhenti dan bertanya kepada gadis ayu tersebut .
 “ Assamualaikum, awak tunggu apa kat sini tengah malam ni ? Kat sini tak ada bas la awak, apa kata awak beritahu rumah awak kat mana selepas itu saya akan hantar awak pulang ? „ tanya Arfan kepada gadis tersebut .
“ Errr, saya sebenarnya keluar makan angin . Pastu terserempak awak kat sini ’ jawab gadis tersebut dengan suara manjanya .
Macam tak logik pun ada jawapan gadis ini tapi layan sajalah .
“Apa kata kita bual – bual dulu ” ajak Arfan .
Kami berbual sehingga pukul 4 pagi, aku meminta izin untuk pulang kerana esok aku ada kelas . Aku menghantar dia pulang kerumahnya dan terus pulang rumahku tanpa fikir panjang kerana terlalu letih .
Esoknya .
“Kau balik pukul berapa semalam Arfan ? Pergi mana sampai lewat malam begini ? „ tanya Fendi kehairanan .
Aku tak menjawab persoalannya dan terus pergi mandi kerana masa itu jam menunjukkan pukul 2 petang . Terlepas satu kelas aku .
Sejak penemuan aku pada malam itu, aku sering berjumpa dengannya . Walaupun aku ada kelas keesokkannya, aku tidak peduli yang penting Saira harus kutemui . Saira adalah gadis yang kutemui pada malam tersebut .
Pada suatu petang ketika aku sedang menikmati makan tengah hari bersama Fendi . Fendi berkata padaku . “ Kau ada dengar tak yang kawan – kawan kita ada jumpa pontianak kat bawah pokok ceri itu 2 hari yang lalu . Kecoh satu fakulti tahu „ kata Fendi .
Arfan tidak memberi sebarang komen dan dia berfikir, dua hari yang lalu dia still berjumpa Saira tapi sepanjang perjumpaan dia dengan Saira di bawah pokok ceri itu tidak pernah pula dia terserempak dengan pontianak yang diorang katakan itu . Hairan juga .
Pertemuan Arfan dengan Saira berlanjutan sehingga satu malam . Saira menangis – nangis di bawah pokok ceri tersebut . Aku pun bertanya “ Kenapa menangis Saira, ceritakan pada abang, mana tahu abang boleh selesaikan „
“ Abang, Saira mengandung ! „
“ Tapi bagaimana Saira ? Anak siapa ? ”
Setahu Arfan dia tidak pernah sekalipun sentuh Saira .
“ Saira mengandungkan anak Halis, bang . Saira takut nanti ayah dan mak Saira tahu . Pasti mereka akan bunuh Saira bang . Halis tidak mahu bertanggung jawab akan anak ini . Dia kata bahwa anak ini bukan anak dia tapi Saira tidak pernah buat selain dengan Halis bang . Tolonglah Saira bang ”
Aku tidak tahu apa yang aku ingin katakan . Lalu aku putuskan bahwa aku akan menikahi Saira akibat sayangku padanya . Aku memberitahunya keesokkan hari tunggu aku pada waktu seperti selalu di bawah pokok ceri dan aku akan bawanya ke sempadan Thailand untuk menikahinya .
Seperti dijanjikan, malam keesokkannya aku pergi ke pokok ceri tersebut dan ternampak Saira sedang menantiku, lalu aku pergi kepadanya .
“ Apa yang Saira tunggukan lagi mari kita bergerak sebelum hari siang „ ujarku
Saira tanpa berkata apa – apa terus membonceng moto ku . Setelah satu jam perjalanan, aku merasa motoku bertambah berat lalu aku pandang cermin sisiku untuk memerhati . Alangkah terkejutnya aku, rupanya aku membonceng pontianak !
Aku menjerit lalu aku terjun dari moto tersebut . Pontianak tersebut mengejarku sambil mengilai – ngilai . Aku sungguh ketakutan sehingga …..
Keesokkan harinya, Fendi terkejut dikhabarkan bahawa Arfan telah meninggal dunia di Jalan Besar Anggun . Jalan tersebut memang sunyi . Punca kematian Arfan tidak diketahui lagi . Sungguh ngeri kematiannya, usus Arfan terkeluar dan badanya penuh dengan calar . Organ dalamannya hancur seperti digilis .
Semua orang kebingungan apakah punca kematian Arfan . Sehingga kini, kematian Arfan menjadi tanda tanya kepada semua orang dan gadis bernama Saira terus dipuja dari seorang lelaki ke seorang lelaki . Tapi kenapakah semua lelaki bersama Saira mati dalam keadaan yang ngeri seperti Arfan . Puncanya tiada seorang pun masih tahu bahwa mereka mati dibunuh oleh seorang pontianak bernama Saira ~

0 300 love me:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © All Rights Reserved moonrobi.blogspot.com